Tuan Blog

Tawau✈Mansoura, Malaysia
'93. A doctor-in-the-making.

Wednesday, 29 July 2015

Natijah Tahun 3

Assalamualaikum. Harini hari selasa 28 July 2015 result tahun 3 dah keluar. Boleh cek online tapi hanya untuk yang dah bayar yuran. Aku takleh sebab belum bayar yuran yang tiga puluh lima ribu ringgit tu! Duhhhhhh. Nanti esok aku nak try gi gamaah(university) untuk cek manually result aku, itupun kalau boleh laa dan harapnya dapat. Curious kowttt!

Ni nak story sikit hehe. Tadi pagi kan aku tido siang dan aku mimpi pasal result! Dalam mimpi tu kan, aku dan beberapa orang duduk dalam satu bilik, agak2 macam classroom pastu ada whiteboard besar kat depan. Kat whiteboard tu laa result aku ngan classmates aku. Ada 4 subjects semua ( okayy sama macam bilangan subject tahun 3 ) tapi aku tak ingat subject apa yang tertulis kecuali 2 column terawal! First subject I.T! Second subject I.T jugakk! And shockingly I failed both subjects! Nasib baik semua tu cuma mimpi alhamdulillah lagipun kitorang mana ada amek subject I.T hehe. Merepek je yelahh nama pun mimpi kann.

Aku ni jenis manusia yang jarang terbawak2 benda reality kedalam mimpi. Aku jugak jenis manusia yang jarang mimpi. Kalau benda yang aku terfikir2 boleh sampai masuk dalam tido aku macam ni, maknanya mesti aku overthink about that thing kan? Ini kali kedua aku mimpi pasal result aku, aku ingat lagi kali pertama pasal result PMR. Masa tu kat rumah aku mimpi aku dapat 7A1B! Bapakk sedih! Aku nak straight A's! Tambah2 lagi yang aku dapat B tu my favorite subject! Subject yang memang aku aim akan dpt A which is pendidikan Islam. Yes, P.I and math are my favorite sepanjang sekolah menengah, masuk asasi aku benci dah math haha! Tapi mimpi hanya sekadar mimpi alhamdulillah result PMR yang real dapat straight A's,, menangis aku masa aku call sekolah haha! Dahlaa time tu aku sendiri kat rumah sebab parents aku kat KL jaga akak aku yang second tu berpantang anak first, akak yang first and third plak kat KK masing2 kerja and study masa tu. Menangis2 aku call akak aku yang third bagitau result aku, happy sangat2 masa tu and she was like "wahh pandainya kau ceq". Padahal in my school such result is biasa.

Okayy aku nak melalut lebih2 tapi malas nak type, record suara tak boleh ke?! Kalau macam tu kena tukar profession plak daripada jadi blogger ke vlogger. Doakan lahh aku dan kengkawan dapat result mumtaz cemerlang ameen! Till then :)

No comments:

Post a Comment