Tuan Blog

Tawau✈Mansoura, Malaysia
'93. A doctor-in-the-making.

Wednesday 13 March 2019

MANSOURA UNIVERSITY CONVOCATION CEREMONY CLASS OF 2019





Assalamualaikum wbt..

January 26th 2019 finally I become an Mbbch holder. Yeay. Walaupun waktu tu keputusan exam tak keluar lagi dengan gembiranya kitorang grad tanpa rasa bersalah huhu. Aku ada post kat instagram pasal benda ni dimana kitorang grad tanpa keputusan dan ia menimbulkan tanda tanya dan mungkin jugak kebingungan dan keraguan tentang kualiti graduan perubatan dari Mesir. Yelaa aku faham jekk kami kan adalah bakal-bakal doktor yang akan merawat para pesakit di masa akan datang takkan lah nak biarkan kitorang senang-senang dapat tittle doktor walaupun tak lulus exam. No No.

Dia macam ni tau, majlis convo ni just untuk meraikan pelajar2 dan keluarga its nothing official about it. Sijil dan plaq yng kitorang dapat masa kat atas pentas tu, sijil fake dan tak boleh guna. Kitorang kena tunggu sijil yang official dalam 4-5 bulan selepas keluar result final year. Sijil yang official tu lah yang kitorang guna untuk apply kerja dan berdaftar dibawah Majlis Perubatan Malaysia. Tapi untuk dapat sijil official tu kitorang kenalah lulus semua exam. Faham kan ? Jadi kalau ada paper yang sangkut walaupun dah naik pentas dan photoshoot graduation, still kena repeat paper.

So sekarang dekat nak masuk 2 bulan dah aku menganggur dengan tak ada lesen kereta nya lagi. Haih. Bulan depan aku cadang nak amek lesen dan lepas raya aku nak datang Selangor semula untuk cari duit ahaha. Aku takda balik Sabah lagi sejak aku balik dari Mesir, nak balik Sabah minggu depan pun sebab Erin nak kahwin, kalau tak sampai Ramadhan la kutt aku stay sini. Aku suka stay sini ( rumah kakak sulung) sebab dekat dengan KL dan ada wifi laju sepantas kilat haha. Nanti kat Tawau aku terpaksa harapkan 5gb mobile data aku jelaa setiap bulan..sob sob..

Now nak ready untuk entry baru. Till then..

No comments:

Post a Comment