Tuan Blog

Tawau✈Mansoura, Malaysia
'93. A doctor-in-the-making.

Saturday, 22 March 2014

muka

sumber : google


semalam macam biasa setiap jumaat malam lepas solat isya ada kelas dengan baba also known as syeikh ibrahim. semalam first time kami yang kena tunggu baba sebab selalunya baba yang tunggu kami. kami tau kami jahat, baba lambat pon bukan sebab sengaja tapi ada majlis ijab qabul kat masjid beliau. lepas je majlis tu tamat kedengaranlah bunyi fireworks yang sangat membingitkan. ini typical cara egyptian menyambut wedding. bukan itu je diorang juga akan bunyikan hon kereta ponnnnnn ponnnnn ponnnnnnnnn ponnnnnnnn ponnnnnn sampai satu muhafazah dengar plus drift kat atas jalan raya yang sempit tu.

okay fokus. tidak seperti malam-malam yang biasa dimana baba akan start dengan tafsir al quran-hadis qudsi-hadis nabawi-sirah serikandi dan diakhiri dengan fiqh wanita, malam semalam baba cakap topik malam ni ringkas dan sekejap je sebab beliau lambat start. topiknya adalah MARRIAGE. oh lupa nak bagitau, lingua franca kami bukan bahasa melayu ataupun arab tapi english. baba sangat terror cakap english sebab beliau seorang former english teacher dan pernah amek kursus summer kat London. hebatkan beliau.
Baba pun share lah ciri-ciri yang perlu ada dalam seorang muslimah untuk dijadikan isteri. pernah dengar hadis Rasulullah yang berbunyi...

"Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung"
Riwayat Bukhari & Muslim 
ada yang mengiakan, ada yang kening berkerut. baik. hal ini kerana harta apabila digunakan akan habis, keturunan dan pangkat pula akan digantikan dan kecantikan pula akan fade away as we women grow older and what is left? only the religion.

bukan wanita saja yang perlu ada ciri-ciri untuk dinikahi, lelaki pun sama. lelaki tu mestilah apabila dah kahwin layan isteri dia baik-baik etc etc. cuba korang listkan pengorbanan seorang isteri tak kisah lah yang full time housewife ataupun isteri yang berkerjaya. nak kena memasak untuk suami, kemas rumah, mengandungkan dan lahirkan anak suami, susukan anak jaga anak-anak dan banyak lagi. banyakkan benda-benda yang hanya isteri je boleh buat. oleh itu, para suami dan bakal suami diluar sana layanlah isteri anda selayaknya.

sebenarnya entry ni dah lari tajuk, I was too immense in writing about marriage though I have no experience yet. this is just my sharing from what I've got from last night class. so I'll continue my entry about muka in the next entry lah.

No comments:

Post a Comment