Tuan Blog

Tawau✈Mansoura, Malaysia
'93. A doctor-in-the-making.

Saturday, 22 March 2014

muka part II

sumber : google
tiba-tiba idea kering. haish benci betul. bismillahirrahmanirrahim. okay muka. ini sambungan entry lepas. straight to the point baba share pasal khutbah jumaat yang beliau pergi hari tu, selama sejam tu khatib berkhutbah pasal majority penghuni neraka, masuk ke neraka bukan guna kaki tapi guna muka! aduh sakitkan. hmm sebabnya apa? sebab kebanyakan dosa dilakukan di bahagian muka contohnya mata, telinga dan mulut. baba selalu berpesan, sangat sangat selalu, jagalah lidah kita, boleh jadi kita masuk neraka Allah sebab lidah yang tak bertulang ni, kita mengumpat, kita cakap perkara yang sia-sia, kita memfitnah, berbohong etc etc.

tapi antara semua aku paling terkesan bab telinga. baba cakap kita mesti jaga apa yang kita dengar sebab ianya akan turun ke hati. Allahu.. telinga ni selalu sangat digunakan untuk mendengar lagu-lagu lagha arab,korea, thailand, omputeh, lagu cintan cintun.. takut sangat, takut hati ini menjadi semakin kotor, hitam dan keras. mungkin ini juga antara sebab kenapa tak berjaya dalam pelajaran, sebab dahlah kurang study plus tiap kali study mesti ditemani dengan lagu-lagu lagha, hati pun semakin hitam, ilmu pun tak sudi nak masuk.tak sudi nak stay lama-lama.

mungkin sebab selalu sangat dengar benda-benda lagha solat pun selalu dilewatkan, hati sangat ego untuk mendengar nasihat dari orang lain, selalu pandang orang lain lagi inferior dari diri sendiri. Astaghfirullah, jom saling muhasabah diri.

mata pun sama, asal ada waktu free mesti tengok benda lagha, youtube, drama korea, runningman, gelak macam pontianak, weyh gelak banyak boleh buat hati keras tau plus cerita omputeh yang tak berapa nak sopan tu, memang tak sopan langsung pun haish macam mana iman nak stay lama-lama dalam hati kalau macam ni?

aku sebenarnya sangat takut untuk memberi nasihat atau peringatan sebab aku takut aku tak buat. Allah murka dengan orang yang macam ni, rujuk surah as saff ie surah ke 61 ayat 2 dan 3 tapi nabi ada pesan

"Sampaikanlah dariku walaupun hanya sepotong ayat"
Riwayat Bukhari
Inshaallah Allah will help because Islam is about having hope in fear. senyum.

No comments:

Post a Comment