Tuan Blog

Tawau✈Mansoura, Malaysia
'93. A doctor-in-the-making.

Sunday, 17 February 2013

10 Muwasafat Tarbiyyah

1. Salimul Aqidah
ü   in malay maknanya akidah yang sejahtera
ü   Sentiasa muraqabah kepada Allah. Muraqabah ni sentiasa merasakan diri diperhatikan oleh Allah swt
ü   Mengingati akhirat
ü   Memperbanyakkan nawafil. Nawafil adalah ibadah-ibadah sunnat manakala zikir adalah mengingati Allah contohnya bertasbih, tahmid dan takbir (subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar)
ü   Menjaga kebersihan hati
ü   Menjauhi dosa dan syubhat. Syubhat adalah kesamaran, kita tak pasti halal haram sesuatu tu.  
ü   Zikir dan taubat

2. Sahihul Ibadah
ü   Ibadah yang betul
ü  Sentiasa membetulkan amalan 
ü   Mengetahui halal dan haram
ü   Bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupan

3. Matinul khuluq
ü   Akhlak yang mantap   
ü   Akhlak Rasulullah saw
ü   Sensitif, peka dan tegas   
ü   Siddiq. Benar dalam kata-kata dan perbuatan
ü   Berlumba berbuat kebajikan

4. Mutsaffaqal Fikri
ü   Berpengetahuan luas
ü   Tahu berita dunia Islam dan am
ü   Bersumberkan al-Quran dan hadith dan ulama yang thiqah. Thiqah dari sudut bahasa adalah orang yang dipercayai.  
ü   Banyakkan membaca
ü   Miliki library sendiri
ü    Pakar dalam bidang yang diceburi
ü   Membaca al-Quran dengan baik dan tadabbur iaitu menghayati dan memahami but BUKAN   mentafsir ya sahabat-sahabiyahku
ü   Sentiasa belajar sejarah
ü   Kuasai kemahiran terkini

5. Mujahadah alan Nafsi
ü   Mampu melawan nafsu
ü   Ingat janji dan amanah serta berazam dengan kuat
ü   Pelihara diri dari maksiat dan kelalaian


6. Munazzamun fis Syumunih
ü   Tersusun dalam urusan
ü   Tak menangguh kerja
ü   Tak gopoh dan tergesa-gesa
ü   Buat kerja sebaik mungkin
ü   Bijak letak prioriti kerja
ü   Menjaga penampilan dan berdisiplin

7. Lawwiyal Jism
ü   Kuat tubuh badan
ü   Melakukan pemeriksaan kesihatan
ü   Diet seimbang
ü   Makan sekadarnya
ü   Bersukan
ü   Tidur optimum
ü   Menjaga kebersihan

8. Qadiran ala Kasbi
ü   Mampu berusaha
ü   Ihsan dalam berkerja. Ihsan adalah beribadah seolah-olah Allah melihat kita dan kita melihat Allah swt.
ü   Menjauhi riba. Riba ialah bayaran semula hutang yang berlebihan daripada harga pokok ataupun pertukaran barang yang tak sama kuantitinya ataupun urusan jual beli yang kurang timbangannya.
ü   Menjauhi pembaziran
ü   Tidak mengharapkan orang lain

9. Nafiun Lighairihi
ü   Berguna untuk orang lain
ü   Mahukan kebaikan untuk orang lain
ü   Memenuhi hak orang lain
ü   Membantu orang yang memerlukan
ü   Multiskill
ü   Sedia terima dan memberi kritikan
ü   Bergaul dengan semua lapisan masyarakat

10. Harithun ala Waqtihi
ü   Menjaga waktu
ü   Menjaga kualiti solat
   ü   Berdoa agar diberkati waktu kita
   ü   Tak lewat ke kelas dan aktiviti
ü   Mengisi waktu dengan mengingati Allah swt

"Amat besar kebenciannya disisi Allah - kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya" [61:3]

      Post ni tak lain tak bukan untuk memperingatkan diri saya sendiri sebagai seorang hamba yang sering lupa dan selalu mengikut hawa nafsu. Semoga Allah panjangkan umur kita dalam mencari keberkatan amin ya rabb.



No comments:

Post a Comment