Assalamualaikum. Amboi tajuk, berwawasan sangat kan!? Hihi. Lately aku sangat rajin baca blog orang, search itu, search ini, yelaa aku kan tengah cuti asek makan-tido-makan-tido je. Lagipun memang hobi aku suka stalk life orang, pastu mulalah tak bersyukur dengan nikmat kurniaan Tuhan, kufur nikmat ish3 dan sebab itulah antara sebab utama kenapa aku delete instagram aku lebih kurang 7 bulan lepas.
Seperti yang anda sedia maklum, sekarang ni aku di tahun 4 medschool walaupun tak start class lagi adoi! Dan usia aku akan genap 22 tahun in 4 days. Sebagai seorang pelajar medik di mesir, program kami berdurasi 6 tahun setengah *dentistry dan pharmacy cuma 5 tahun*. Extra setahun setengah daripada student Malaysia, jadi kepada adik-adik yang mempunyai keputusan matrik/asasi yang pointer 3.0 keatas, akak nasihatkan amek aje la medik kat Malaysia boleh cepat grad, cepat dapat kerja. Korang tau aje la zaman sekarang ni doktor dah makin ramai tak mustahil di masa akan datang ada graduan medik yang menganggur. Nauzubillah...fuhh...fuhh.
Because of that, aku akan dijangka grad pada Mac 2019 jika takda aral melintang, masa tu aku dah 26 tahun wow! Lepas grad aku nak balik Malaysia cepat-cepat untuk inform MMC, KKM dan SPA. Semangat tak semangat? Hehehe risau betul aku kalau lambat dapat tempat sebab aku banyak hutang...sob...sob. Aku nak kerja cepat, nak bayar hutang dengan bank, dengan akak-akak aku, dengan parents aku, kau paham tak dilemma seorang wanita macam aku? Hutang study aku bukan sepuluh ribu, bukan lima puluh ribu tapiiiii jeng..jeng..jeng.. biarlah rahsia. Jadi sementara menunggu panggilan kerja as a houseman yang aku agak-agak minimum dalam 6 bulan menganggur nanti, aku nak dan aku mesti cari kerja! Tak kiralah jadi cashier ke, jadi cikgu tadika ke, jadi cleaner ke, aku mesti dapat kerja by hook or by crook. Tak boleh delay-delay. Malu kowt dengan famili aku asek dibawah tanggungan diorang aje..tsk..tsk. Jadi kesimpulannya, aku kena belajar bawak kereta dan dapat lesen nanti cuti akhir tahun 4, sebab lepas tu aku dah takde cuti panjang lagi sampailah grad. Lepas grad tak nak buang masa aku nak terus dapat part time job. Haaa masa tu jadi part time driver pun boleh. Hihi.
Planning seterusnya adalah jadi seorang doktor yang reti buat kerja dan berguna kepada pesakit! Sebagai seorang rakyat Malaysia, aku kena jalani hidup sebagai seorang houseman minimum 2 tahun. Harap-haraplah berjaya. Lepastu, aku nak jadi MO kat department O+G minimum 2 tahun jugak sebab ini salah satu requirements untuk buat MMed O+G yang mengambil masa selama 4 tahun setengah. Kalau planning ni berjaya dapatlah aku jadi seorang specialist iaitu general O+G dalam usia 34 y/o. Impian aku bukan setakat itu saja. Lepas 2 tahun(minimum) jadi general O+G aku akan apply untuk jadi specialists dalam salah satu subspecialty O+G which is Maternal Fetal Medicine! Kalau berjaya kena undergo training for 3 years! Lepas MOH luluskan semua, di usia 40 tahun nanti bolehlah aku jadi pakar dalam bidang yang aku impikan ni!
Nanti-nanti bila aku dah jemu dengan medic, aku nak bukak satu cafe shop yang menjual desserts & soft beverages. But it doesn't mean that I want to give up on medicine, just as a hobby and side income. Maybe after I finish my HO? or during my MO life? or MMed? or whenever I feel like doing it, but of course at that time I need to have enough starting money to run a business. Don't U think so? :)
Tapi kannnn aku macam ada minat sikitlah untuk pakai baju custom made and design by myself jadi mulalah aku ada impian jugak nak run apparels bussiness. Kahkah!
Bila aku dah tua kerepot nanti aku nak tukar profesion pulak untuk jadi lecturer. Tapi part ni aku tak tau lagi macam mana, maksud aku jalan apa yang perlu aku lalui untuk membolehkan aku jadi seorang lecturer medschool. Ehh tak semestinya lecturer kat medschool, kat fakulti apa-apa pun macam best aje tapi asalkan tak lari dari bidang aku lah. Ayat macam kembali kepada diriku yang tak berwawasan. Kahkah!
Yeeee, menulis memang senang, just tap tap tap screen telefon. Tapiiii omputeh ada kata, 'DREAM BIG' !!! So tak salah kan kalau aku ada impian setinggi langit? Hihi.
Plan hidup aku memang berlandaskan kerjaya aje. Personal matter macam kahwin tu, kalau ada jodoh selitlah kat mana-mana yang ditakdirkan Tuhan, kalau takde jodoh kat dunia, tunggu lah nanti kat syurga. Peaceeee!
Till then.